Pada 10 November 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang bakal dibina di satu kawasan antara Bukit Pelasung dan Bukit Hulu Telang di sempadan Pahang dan Selangor akan mula mengambil sejumlah 180 orang pelajar untuk tahun pengajiannya yang pertama.
Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Sulaiman Daud berkata, pelajar-pelajar akan dipilih dari komuniti antarabangsa dan akan ditempatkan dalam empat fakulti iaitu undang-undang, ekonomi, pentadbiran perniagaan dan sains.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 10 November 1982 – Kementerian Pertahanan akan melaksanakan peraturan untuk tidak menggalakkan anggota-anggota tentera lelaki berkahwin dengan anggota tentera wanita mulai 1 Disember ini.
- 10 November 1983 – Sultan Selangor hari ini menitahkan bahawa tiada siapa yang berhak menggunakan lambang kereta kecuali Baginda, Tengku Ampuan dan Raja Muda Selangor.
- 10 November 1984 – Seniwati Gina Lollobrigida menerima bayaran ganti rugi sebanyak RM207,000 kerana sebatang giginya telah patah akibat tergigit batu ketika menikmati hidangan udang goreng.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]