TUDM hasilkan sendiri alat ganti pesawat - Utusan Malaysia

TUDM hasilkan sendiri alat ganti pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 2 November 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mengeluarkan sendiri semua jenis alat ganti bagi semua pesawat miliknya.

Serentak dengan itu, TUDM turut berkemampuan melakukan kerja-kerja baik pulih semua jenis pesawat yang digunakan ketika ini dan TUDM juga sudah berkemampuan menghasilkan semua jenis ‘minor spareparts‘ untuk semua jenis kapal terbangnya menerusi depoh baik pulih pesawat TUDM di Subang.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 2 November 1974Jabatan Pertanian Negeri Pahang sedang menjalankan projek perintis penanaman lada hitam di Daerah Raub, Chenor dan Kuantan yang masing-masing berkeluasan 15 ekar.
  • 2 November 1977 – Sepuluh orang termasuk empat rakyat Thailand telah dihukum mati di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri di Kedah dan Perlis setakat tahun ini.
  • 2 November 1979 – Terengganu bakal menjadi sebuah negeri pembekal kuasa elektrik yang utama di negara ini apabila siapnya dua projek raksasa yang berkeupayaan membekal sejumlah 800 megawat sehari.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya