Pada 15 November 1980, Utusan Malaysia melaporkan Kelantan dan Negeri Schleswig Holstein di Republik Persekutuan Jerman bersetuju menjadi negeri bersaudara di bawah sistem hubungan antara negeri.
Persetujuan itu dicapai dalam rundingan antara Menteri Pembangunan Ekonomi dan Pengangkutan Schleswig Holstein, Dr. J. Westphal dengan ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Hanifa Ahmad di Kota Bharu semalam.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 15 November 1982 – Filem dari Malaysia, ‘Dia Ibuku‘ dan ‘Abang‘ telah menarik perhatian dan mempersonakan barisan pengkritik filem dari Amerika Syarikat serta penganjur Pesta Filem Antarabangsa Hawaii.
- 15 November 1983 – Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah memaklumkan, nilai Ringgit Malaysia adalah kukuh jika dibandingkan dengan kebanyakan mata wang utama kecuali Dollar Amerika.
- 15 November 1984 – Majlis Ulama Indonesia telah mengeluarkan fatwa melarang umat Islam dari memakan katak, tetapi membenarkan pemeliharaan amfibia berkenaan untuk tujuan perniagaan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]