FOMCA gesa kerajaan sekat iklan makanan ringan - Utusan Malaysia

FOMCA gesa kerajaan sekat iklan makanan ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 4 November 1985, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa kerajaan supaya menyekat penayangan iklan-iklan makanan ringan yang mengandungi barang permainan daripada disiarkan menerusi radio dan televisyen.

Setiausaha Agungnya, Hamdan Adnan memaklumkan, tindakan itu perlu memandangkan iklan yang sering disiarkan dan ditayangkan di kedua-dua media massa itu telah mempengaruhi ramai kanak-kanak untuk membelinya bagi mendapatkan hadiah mainan dan bukannya makanan tersebut.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 4 November 1982 – Seorang pegawai perubatan Hospital Machang, Kelantan, Dr. Veerasamy menderma darahnya sendiri bagi menyelamatkan seorang suri rumah yang sedang kritikal ketika hendak bersalin di hospital tersebut.
  • 4 November 1984Juara Bintang RTM 1984, Juliza Adlizan bakal menjadi ahli keluarga Studio 43 di Singapura apabila syarikat penerbitan lagu tersebut akan memberi peluang untuk merakamkan suaranya ke piring hitam.
  • 4 November 1985 – Seekor badak sumbu diberi nama ‘Farouk‘ yang baru-baru ini menyerang seorang pekerja Zoo Negara akan dihadiahkan dengan seekor badak sumbu betina sebagai pasangannya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya