Sistem demokrasi akan hancur tanpa ISA - Utusan Malaysia

Sistem demokrasi akan hancur tanpa ISA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 26 Oktober 1979, Utusan Malaysia melaporkan nasihat Tun Hussein Onn tentang sistem demokrasi dan cara hidup yang wujud di negara ini akan hancur tanpa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang hendak dihapuskan.

Perdana Menteri berkata, “Daripada pengalaman yang pahit, Malaysia telah menyedari bahawa proses undang-undang biasa adalah tidak berkesan dalam menghadapi dan membanteras pengkhianatan“.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 26 Oktober 1975 – Anak seorang penoreh getah, Amran Ahmad, 11, langsung tidak menyangka keberaniannya menyelamatkan dua orang rakan daripada mati lemas tahun lalu membolehkannya menerima Pingat Hang Tuah dan wang tunai RM450.
  • 26 Oktober 1977Perdana Menteri dan ibunya menitiskan air mata sebaik sahaja kedua-duanya membuka tirai batu peringatan menandakan perasmian Kampung Kenangan Dato’ Onn di pesta pembangunan.
  • 26 Oktober 1979 – Seramai 2,000 orang bayi dilahirkan setiap bulan di Pulau Pinang, kata Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohd. Zuhuri Salleh.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya