Pada 7 Oktober 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Kompleks Dayabumi yang sedang dibina akan mempunyai ciri-ciri kebudayaan nasional dan melambangkan corak keislaman.
Ciri-ciri ini diberi penekanan khusus supaya ‘selaras‘ dengan bangunan-bangunan yang mempunyai reka bentuk yang sama seperti Masjid Negara, stesen kereta api dan Bangunan Sultan Sulaiman yang terdapat di sekitarnya.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 7 Oktober 1979 – Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengetuai rombongan perdagangan 80 orang ke Switzerland, Sweden dan Belanda untuk menarik peluang-peluang pelaburan ke negara ini.
- 7 Oktober 1982 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjelaskan, hanya buletin ‘Senada‘ sahaja merupakan akhbar rasmi di universiti berkenaan.
- 7 Oktober 1983 – Kabinet telah bersetuju pada dasarnya untuk menubuhkan Dasar Pertanian Negara dan pengumuman mengenainya akan dibuat tidak lama lagi.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]