Raja Arab Saudi puji jemaah haji Malaysia - Utusan Malaysia

Raja Arab Saudi puji jemaah haji Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 3 Oktober 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Raja Arab Saudi, Al-Malik Fahd memuji jemaah haji Malaysia yang menunaikan haji kerana berkelakuan baik dan tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan matlamat dan tujuan datang ke Tanah Suci.

Sikap jemaah haji Malaysia harus dijadikan contoh negara-negara lain, titah baginda. Baginda turut memuji Tabung Haji yang memberikan kerjasama kepada umat Islam negara lain semasa menunaikan haji dalam beberapa tahun kebelakangan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 3 Oktober 1979 – Polis Cawangan Khas merampas 200 buku berjudul ‘Tetamu Istimewa’ karangan bekas Menteri Pertanian Malaysia, Abdul Aziz Ishak yang hendak dibawa masuk ke Malaysia dari Singapura.
  • 3 Oktober 1983Zoo Negara telah membeli seekor badak putih dan tiga ekor kuda belang dari Belgium, menurut Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Tan Sri Khir Johari.
  • 3 Oktober 1984 – Kerajaan sedang mengkaji teknologi baharu yang digelar ‘tissue culture‘ untuk mempercepatkan pengeluaran benih-benih rotan secara besar-besaran.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya