Pada 20 Oktober 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan perintah berkurung telah dikuatkuasakan hari ini meliputi kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu setelah berlakunya rusuhan kecil yang mengakibatkan empat orang dimasukkan ke hospital kerana cedera ringan.
Rusuhan dilakukan sekumpulan penunjuk perasaan yang merempuh masuk dan membaling batu di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi menuntut supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan pilihan raya baharu perlu diadakan.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 20 Oktober 1973 – Naib Canselor UKM, Datuk Dr. Ariffin Ngah Marzuki berkata, sebuah Institut Buruh Malaysia perlu ditubuhkan di universiti itu berikutan perkembangan sektor buruh dan perindustrian di negara ini.
- 20 Oktober 1974 – Siaran azan menandakan waktu Maghrib dan Isyak di Televisyen Malaysia yang dimulakan sejak Ramadan lalu akan diteruskan.
- 20 Oktober 1977 – Kerajaan tentera Bangladesh telah menjatuhkan hukuman mati ke atas 37 anggota tentera darat dan udara kerana peranan mereka dalam cubaan rampasan kuasa yang gagal pada 2 Oktober lalu.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]