Kapal kargo MISC Bunga Sepang dilancarkan - Utusan Malaysia

Kapal kargo MISC Bunga Sepang dilancarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 23 Oktober 1974, Utusan Malaysia melaporkan kapal pengangkut minyak kelapa sawit Malaysia yang pertama, ‘MV Bunga Sepang‘ telah dilancarkan di Limbungan Shimonoseki kepunyaan Mitsubishi di bahagian Barat Jepun.

Kapal yang beratnya 28,500 tan itu merupakan salah satu daripada tiga kapal pengangkut kelapa sawit yang ditempah oleh Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) dari limbungan pembinaan kapal Shimonoseki.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 23 Oktober 1971 – Malaysia dan Indonesia telah diterima menjadi anggota Persatuan Pengeluar Papan Lapis Asia pada persidangan kedua persatuan itu yang diadakan di Tokyo.
  • 23 Oktober 1972 – Malaysia telah mengambil masa selama dua jam untuk mengalahkan Singapura 5-0 untuk menjadi johan ‘Oskar Khir Johari‘ yang diadakan di Stadium Tertutup Han Chiang, Pulau Pinang.
  • 23 Oktober 1975 – Filem terbitan Merdeka Filem berjudul ‘Sayang Anakku Sayang‘ arahan Datuk Jamil Sulong hampir selesai menjalani penggambarannya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya