Jamakuddin dijulang sebagai hero kanak-kanak - Utusan Malaysia

Jamakuddin dijulang sebagai hero kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 2 Oktober 1977, Utusan Malaysia melaporkan seorang kanak-kanak, Jamakuddin Ahmad, 12, yang tidak pernah terbayang untuk menerima Pingat Hang Tuah menganggap kurniaan anugerah tersebut kepadanya adalah di luar dugaan.

Pemilihan ke atasnya dibuat kerana berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 bulan daripada lemas di sungai di Kampung Haji Karim, Bahagian Keenam, Sarikei, Sarawak pada 4 Disember tahun lalu.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 2 Oktober 1973 – Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini secara rasmi memulakan perkhidmatan terus Boeing 737 setiap hari antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.
  • 2 Oktober 1974Banduan di Penjara Kot Lakhpat, Lahore, Pakistan akan mula mengeluarkan peti-peti televisyen untuk pasaran tempatan mulai bulan November ini.
  • 2 Oktober 1975 – Dua belas orang murid sekolah rendah dan menengah di negara ini telah terpilih untuk mendapat elaun belajar sebanyak RM10 dan RM15 sebulan yang diberikan oleh Persatuan Islam Universiti Melbourne di Australia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya