Pada 16 Oktober 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan Pulau Pinang bersetuju memenuhi tuntutan Kedah supaya sempadan antara dua negeri berkenaan ditetapkan di tengah-tengah Sungai Muda.
Isu sempadan ini timbul apabila Pulau Pinang menganggap tebing Sungai Muda di sebelah Negeri Kedah sebagai sempadan bersama, manakala Kedah mahu di tengah-tengah sungai tersebut sebagai sempadan kedua-dua negeri.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 16 Oktober 1979 – Perdana Menteri, Tun Hussein Onn bakal melancarkan rancangan gerak tani, iaitu konsep pertanian yang menyediakan infrastruktur memajukan tanah-tanah yang telah sedia ada di Kampung Certok, Kelantan.
- 16 Oktober 1982 – Sultan Johor hari ini menerima sebuah helikopter buatan Perancis jenis ‘Ecureuil 355F’ yang dibeli baginda untuk kegunaan peribadi.
- 16 Oktober 1983 – Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar menggesa syarikat-syarikat perumahan supaya membina kondominium harga sederhana supaya rakyat yang kurang mampu dapat menikmati kehidupan yang lengkap dan selesa.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]