Bukit Redan kini digelar 'Bandar Muadzam Shah' - Utusan Malaysia

Bukit Redan kini digelar ‘Bandar Muadzam Shah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 13 Oktober 1977, Utusan Malaysia melaporkan Sultan Pahang berkenan agar bandar Bukit Redan yang sedang dibina di Pahang Tenggara dinamakan ‘Bandar Muadzam Shah‘ sebagai penghormatan kepada Almarhum Ayahanda Baginda.

Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) memilih nama Muadzam Shah bagi bandar tersebut untuk mengenang kegemilangan 40 tahun pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Muadzam Shah.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 13 Oktober 1975 – Filem Indonesia “Jangan Biarkan Mereka Lapar” yang telah memenangi anugerah mitra dalam Pesta Filem Asia yang berlangsung di Jakarta baru-baru ini bakal diedarkan di Malaysia, Singapura dan Brunei tidak lama lagi.
  • 13 Oktober 1977 – Jepun dan Syarikat Penerbangannya (JAL) telah mengucapkan terima kasih dan penghargaan tinggi kepada Kerajaan Malaysia kerana bertindak menyelamatkan mangsa-mangsa kemalangan udara kapal terbang JAL.
  • 13 Oktober 1979 – Anggota-anggota RELA seluruh negara akan diserap di bawah kelolaan Polis Diraja Malaysia, kata Ketua Pengarahnya, Buang Hassan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya