Pada 14 Oktober 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Syarikat General Motors Malaysia Sendirian Berhad akan mula memasarkan kenderaan serba guna harga murah yang dikenali sebagai ‘Bedford Harimau‘ mulai Isnin ini.
Pengarah Urusannya, R.W. Holden memaklumkan, Malaysia adalah negara pertama menjadi pengeluar Bedford Harimau atau digelar ‘Kereta Asia‘, iaitu dari kilangnya di Tampoi, Johor Bahru. Harga kenderaan ini adalah dianggarkan bernilai RM4,495 di atas jalan.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 14 Oktober 1973 – Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad menganggap kesusasteraan Melayu baru Malaysia pada ketika ini sedang berada dalam satu krisis yang amat berat.
- 14 Oktober 1974 – Syarikat-syarikat penerbit filem milik Bumiputera telah berjaya membentuk satu gabungan rasmi yang dianggotai oleh 20 buah syarikat yang digelar ‘Gabungan Perfileman Bumiputera Malaysia‘.
- 14 Oktober 1975 – Syarikat Penerbangan Jepun (JAL) telah mengatur strategi bagi memperkenalkan Pulau Pinang dikalangan penduduk di negara berkenaan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]