Lipatan Sejarah: Banduan Penjara Pudu jadikan doktor sebagai tebusan - Utusan Malaysia

Lipatan Sejarah: Banduan Penjara Pudu jadikan doktor sebagai tebusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 18 Oktober 1986, Utusan Malaysia melaporkan sekumpulan banduan di Penjara Pudu telah menahan seorang doktor dan seorang pembantu hospital yang sedang melakukan rutin pemeriksaan perubatan biasa terhadap banduan.

Doktor dan pembantu hospital itu ditahan oleh enam orang banduan, seorang daripada mereka bersenjatakan sebilah pisau, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 18 Oktober 1984 – Kerajaan sedang mengkaji penubuhan sebuah mahkamah rayuan Syariah bagi melengkapkan kuasa dan perjalanan perundangan Syariah di negara ini.
  • 18 Oktober 1985 – Sebuah syarikat swasta, Fresh Farm (M) Sdn. Bhd. menawarkan kepada para petani di negeri Pahang untuk memohon anak anak lembu, kambing dan kerbau secara percuma.
  • 18 Oktober 1986 – Kerajaan akan menyemak semula Kanun Tanah Negara untuk membolehkan orang asing membeli dan memiliki tanah-tanah pertanian di negara ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya