Pada 21 Oktober 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan terdapat dikalangan pegawai polis mengetahui kegiatan rasuah yang berlaku dalam pasukan mereka tetapi enggan bertindak menghapuskannya walaupun mereka berkuasa berbuat demikian, tegas Tun Hanif Omar.
Ketua Polis Negara berkata, pegawai-pegawai polis itu sudah berpuas hati bila mereka sendiri bersih dan tidak terlibat dengan rasuah hingga mereka tidak mahu mengambil berat untuk menghapuskannya.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 21 Oktober 1974 – Kerajaan Pusat telah memperuntukkan RM510,000 bagi membina sebuah pusat memelihara ikan dan udang dalam air tawar di Gelang Patah, Johor.
- 21 Oktober 1975 – Kaum wanita di Malaysia dipandang tinggi oleh kaum wanita di negara-negara lain di seluruh dunia kerana berjaya memberi sumbangan berharga terhadap kepentingan negara.
- 21 Oktober 1977 – Naib Presiden Iraq, Taha Muhyiddin Maarouf yang sedang melakukan lawatan ke Malaysia hari ini menyumbang sebanyak RM242,000 kepada tiga buah yayasan Islam di negara ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]