Sarawak berjaya menjadi negeri contoh - Utusan Malaysia

Sarawak berjaya menjadi negeri contoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 1 September 1973, Utusan Malaysia melaporkan kemajuan pesat yang dicapai oleh Sarawak sehingga kini telah menjadikannya sebuah negeri untuk kemajuan dan perpaduan rakyat serta berazam untuk menebus kembali zaman kegemilangannya, kata Tun Abdul Razak.

Perdana Menteri berkata, perkembangan dan kemajuan pesat itu yang berlaku selama tiga tahun ini telah meletakkan Sarawak antara negeri-negeri yang terkedepan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 1 September 1971 – Dua perkhidmatan feri pergi dan balik akan disediakan untuk orang ramai antara Kuala Perlis dan Pulau Langkawi mulai esok.
  • 1 September 1972 India, Indonesia dan Malaysia yang merupakan tiga buah negara yang bersama-sama mengeluarkan kira-kira 60 peratus lada hitam di dunia telah menubuhkan sebuah persatuan lada hitam.
  • 1 September 1974 – Penggambaran filem berwarna ‘Permintaan Terakhir‘ arahan Jamil Sulong keluaran Merdeka Filem Production telah dimulakan di Pantai Port Dickson Isnin lalu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya