Persekutuan Bola Sepak Asia singkir Israel - Utusan Malaysia

Persekutuan Bola Sepak Asia singkir Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 16 September 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mencapai keputusan tidak akan membenarkan Israel menyertai sebarang perlawanan yang dianjurkan oleh AFC pada masa-masa yang akan datang.

Keputusan ini telah dicapai dalam satu persidangan AFC yang dipengerusikan oleh Yang Dipertuanya, Tunku Abdul Rahman dan memakan masa selama tujuh jam untuk meluluskan usul tersebut.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 16 September 1972Syarikat Pertima Terengganu Sdn. Bhd. sedang mengkaji kemungkinan untuk menghasilkan keropok secara besar-besaran dengan menggunakan mesin moden.
  • 16 September 1975 – Hampir 6,000 orang hadir menyaksikan upacara menurunkan bendera Australia di Papua New Guinea buat selama-lamanya sebagai tanda tamatnya penjajahan yang wujud sejak 69 tahun lalu.
  • 16 September 1979 – Seorang pakar silap mata, Syed Abu Bakar Al-Yahaya atau lebih dikenali dengan nama S.A. Bakar Mahang The Great, sedang merancang untuk menerbitkan filem berjudul ‘The Black Magic’.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya