Pada 20 September 1982, Utusan Malaysia melaporkan Datuk Misbun Sidek walaupun tewas dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Piala Dunia Alba Kedua di tangan jaguh berpengalaman dari Indonesia, Liem Swie King dengan 15-12, 3-15 dan 15-12, namun tetap menunjukkan mutu permainan yang cemerlang.
Beliau menggemparkan ribuan penonton di Stadium Negara dalam perlawanan set kedua dengan mendahului lawan 9-1 hingga memaksa perlawanan menjadi tiga set. Datuk Misbun menang set kedua dengan 15-3.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 20 September 1982 – Kerajaan Negeri Selangor sedang mengkaji untuk membina rumah-rumah murah tiga bilik bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada penghuninya.
- 20 September 1983 – Naib Presiden UMNO Malaysia, Dato’ Harun Idris memberitahu, seramai 15,000 pasangan suami isteri di Terengganu dan Kelantan dikatakan telah bercerai akibat perbezaan fahaman politik.
- 20 September 1985 – Sebanyak 19 ketulan emas berukuran 2cm panjang ditemui dalam operasi carigali tempayan purba di Kampung Limbungan, Besut, Terengganu oleh pasukan dari Muzium Negara dan negeri.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]