Pada 30 September 1973, Utusan Malaysia melaporkan kerajaan sekali lagi memberi amaran untuk menghukum mereka yang didapati menipu rakyat dengan menjual beras tempatan sebagai beras import.
Timbalan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn ketika memberi amaran itu menegaskan, penyiasatan rapi sedang dijalankan untuk mengesan dan membanteras kegiatan curang menipu rakyat itu.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 30 September 1972 – Pelancong-pelancong dari Austria dan Switzerland menjadikan Pulau Pinang sebagai pilihan utama dalam peta pelancongan mereka.
- 30 September 1982 – Perancis sedang mengkaji untuk mendapatkan bekalan minyak kelapa sawit secara langsung dari Malaysia bagi menampung keperluan di negara tersebut.
- 30 September 1983 – Malaysia yakin usahanya untuk menjadikan benua Antartika milik bersama antarabangsa akan berjaya memandangkan perkara tersebut diterima masuk ke dalam agenda Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu tanpa melalui proses pengundian.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]