Yayasan Tunku Abdul Rahman keluarkan biasiswa antarabangsa - Utusan Malaysia

Yayasan Tunku Abdul Rahman keluarkan biasiswa antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 5 Ogos 1979, Utusan Malaysia melaporkan Yayasan Tunku Abdul Rahman buat pertama kalinya akan mengeluarkan biasiswa bertaraf antarabangsa dan satu ‘fellowship’ peringkat kebangsaan mulai tahun ini untuk kursus ijazah lanjutan di Kolej St. Catherine, Universiti Cambridge.

Menteri Pelajaran, Tun Musa Hitam ketika mengumumkannya berkata, biasiswa untuk kursus ijazah lanjutan di Universiti Cambridge yang digelar Biasiswa Tunku Abdul Rahman adalah sama tarafnya dengan biasiswa-biasiswa antarabangsa yang lain.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 5 Ogos 1971 – Malaysia berjaya menundukkan Vietnam, 2-0 dalam perlawanan pembukaan Kejohanan Pesta Bola Merdeka Ke-15 yang berlangsung di Stadium Merdeka malam tadi.
  • 5 Ogos 1972Hassan Jali yang berasal dari Raub telah dipilih sebagai pelakon lelaki terbaik Negeri Pahang kerana keberkesanannya memegang watak Hang Jebat dalam drama ‘Matinya Seorang Pahlawan’ karya Usman Awang.
  • 5 Ogos 1974 – Seorang guru, Nurhayati Sulong telah dipilih sebagai Ratu Cantik Anggota-Anggota Kerajaan Negeri Selangor 1974 malam tadi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya