Usman Awang pemenang Anugerah Penulisan Asia Tenggara - Utusan Malaysia

Usman Awang pemenang Anugerah Penulisan Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 11 Ogos 1982, Utusan Malaysia melaporkan penulis dan penyair Dato’ Usman Awang telah dipilih sebagai pemenang Malaysia untuk Anugerah Penulisan Asia Tenggara tahun ini yang memberi penghormatan kepada sasterawan-saterawan terkemuka di rantau ASEAN.

Anugerah itu yang mula diperkenalkan pada tahun 1979 adalah bagi mendorong para penulis di negara-negara ASEAN dan memberi pengiktirafan kepada bakat-bakat kesusasteraan kreatif di rantau berkenaan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 11 Ogos 1979 – Boustead Ltd. telah berjaya mendapatkan kesemua ekuiti sebuah syarikat di United Kingdom King Truck Equipment Ltd. (KTE) dari syarikat induknya King Truck Engineering of Canada.
  • 11 Ogos 1982 – Skrip filem sejarah Pasir Salak yang bakal diarahkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin kini sedang diteliti oleh tokoh-tokoh sejarah Negeri Perak.
  • 11 Ogos 1983 – Perkahwinan diraja antara Raja Zarith Sofiah, 24, puteri ketiga Sultan Perak dengan Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail, 25, akan dilangsungkan selama 40 hari bermula 1 September hingga 10 Oktober depan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya