Prof. Ahmad anak Melayu pertama dianugerah Profesor Emeritus - Utusan Malaysia

Prof. Ahmad anak Melayu pertama dianugerah Profesor Emeritus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 18 Ogos 1984, Utusan Malaysia melaporkan Universiti Malaya (UM) akan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Sheikh Al-Kulliyah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Ahmad Mohamed Ibrahim, anak Melayu yang pertama menerima anugerah seumpama itu.

Ketika mengumumkannya, Naib Canselor UM, Prof. Diraja Ungku Aziz turut memberitahu, kumpulan pertama graduan kursus sarjana pentadbiran perniagaan serta sarjana muda syariah dan usuluddin akan turut menerima anugerah dalam majlis konvokesyen pada 25 Ogos ini.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 18 Ogos 1982 – Penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah buat pertama kalinya akan diambil berlakon dan akan bergandingan dengan penyanyi Fauziah Ahmad Daud dalam sebuah filem yang berkisar tentang anak-anak muda.
  • 18 Ogos 1983 – Jabatan Penjara bercadang membina pusat-pusat peralihan di setiap 23 buah penjara yang terdapat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
  • 18 Ogos 1984Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj akan menjalani satu pembedahan besar di Amerika Syarikat (AS) untuk mengubati sakit sengal-sengal di pinggangnya yang menyebabkan beliau sukar bergerak.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN