Pada 24 Ogos 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Malaysia dan Singapura bersetuju untuk memulakan penerbangan ulang-alik yang lebih kerap dan teratur antara Singapura dengan bandar-bandar di negara ini mulai 1 November ini.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perkhidmatan yang dijalankan bersama oleh Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Syarikat Penerbangan Singapura (SIA) itu adalah untuk faedah kedua-dua pihak dengan mengurangkan persaingan.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 24 Ogos 1979 – Dua jaguh bola sepak kebangsaan, Datuk Soh Chin Aun dan Datuk Mokhtar Dahari bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangan masing-masing hujung bulan ini.
- 24 Ogos 1982 – Yayasan Darul Al-Arqam yang berpusat di Kuala Lumpur bercadang membina hospital mini di setiap ibu negeri di negara ini.
- 24 Ogos 1983 – Buat pertama kalinya, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) akan menjalankan kajian sosio-ekonomi kehidupan ke atas 5,000 penduduk di kawasan seliaannya selama sebulan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]