Malaysia cadang keluar trak sendiri - Utusan Malaysia

Malaysia cadang keluar trak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 9 Ogos 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Malaysia sedang mengkaji kemungkinan untuk mengeluarkan trak sendiri, kata Pemangku Perdana Menteri, Tun Musa Hitam. Beliau turut memaklumkan, idea tersebut sebenarnya adalah cetusan ilham Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut Musa, untuk mencapai tujuan tersebut, beliau akan meninjau industri pengeluaran trak di Jepun dalam rangka lawatannya selama seminggu ke negara itu mulai 23 Ogos ini.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 9 Ogos 1977 – Pihak berkuasa Ireland Utara hari ini menempatkan lebih dari 30,000 tentera dan polis dalam ‘Gerakan Diraja’, sebagai langkah keselamatan untuk lawatan Queen Elizabeth II selama dua hari ke negara berkenaan.
  • 9 Ogos 1983Kementerian Perusahaan Awam akan melaksanakan skim pendaftaran petani dan penggunaan buku pas di seluruh negara untuk mengawal pergerakan pembeli dan petani serta mengurangkan aktiviti penyelewengan.
  • 9 Ogos 1984 Orkestra Simfoni Sekolah-Sekolah Lancashire dari United Kingdom yang baru tiba di Kuala Lumpur akan mengadakan tiga pertunjukkan amal di Auditorium Dewan Bandaraya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN