Lapangan Terbang Pulau Pinang bakal memiliki enam anjung - Utusan Malaysia

Lapangan Terbang Pulau Pinang bakal memiliki enam anjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 10 Ogos 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang akan mempunyai enam anjung untuk kemudahan turun dan naik para penumpang.

Menurut pengurus projek tersebut, Harold F. Dyer, kemudahan seumpama itu merupakan yang pertama diperkenalkan di negara ini dan kerja-kerja pembinaan kompleks lapangan terbang tersebut akan dimulakan pada Disember ini dan dijangka siap pada akhir tahun 1976.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 10 Ogos 1971 – Kesemua 31 orang pengakap dari Malaysia yang menyertai Jambori Pengakap Sedunia Ke-13 di Fujinomiya, Gunung Fuji, Jepun berada dalam keadaan selamat susulan kejadian taufan menyerang Pulau Kyushu.
  • 10 Ogos 1972Bangladesh telah menghantar permohonan untuk menjadi anggota Bangsa-Bangsa Bersatu, ujar Menteri Luar Bangladesh.
  • 10 Ogos 1974 – Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Ya’kub merasmikan pembukaan cawangan Universiti Pertanian Malaysia (UPM), iaitu kampus universiti itu yang pertama di luar Serdang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya