Pada 20 Ogos 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan harga runcit tepung gandum diturunkan sebanyak lima sen sekati mulai hari ini, demikian pengumuman oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Datuk Hamzah Abu Samah.
Persetujuan tersebut dicapai melalui mesyuarat antara pihak kementerian dengan para pengilang tepung gandum tempatan. Berikutan dengan penurunan harga itu, harga runcit tepung gandum akan dijual dengan harga 35 sen sekati mulai hari ini juga.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 20 Ogos 1975 – Perdana Menteri, Tun Abdul Razak mengarahkan Lapangan Terbang Sitiawan diperbesarkan untuk membolehkan kapal terbang bersaiz besar mendarat dan membawa pelancong ke pantai Lumut dan Pulau Pangkor.
- 20 Ogos 1982 – Kisah percintaan Allahyarham Presiden Sukarno dengan isteri pertamanya, Inggit Garnasih akan dijadikan filem.
- 20 Ogos 1983 – Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah, Tan Sri Rais Yatim mencadangkan, 8 Julai setiap tahun diisytiharkan sebagai ‘Hari Peneroka’.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-baha arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]