Bukit Nanas dijadikan taman rekreasi rimba - Utusan Malaysia

Bukit Nanas dijadikan taman rekreasi rimba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 21 Ogos 1985, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Bukit Nanas yang merupakan satu-satunya kawasan hutan tropika asli yang terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur akan dijadikan sebuah taman rekreasi rimba setelah projek pengindahannya selesai menjelang Rancangan Malaysia Kelima.

Taman itu nanti akan mempunyai sebatang jalan merentasi kawasan hutan, taman mini serta kompleks pameran koleksi barangan hutan yang dijangka menjadi daya penarik kepada para pelancong tempatan dan luar negara.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 21 Ogos 1982 – Bekas Duta Malaysia ke Indonesia, Tan Sri Mahmood Yunus menjadi rakyat Malaysia pertama menerima anugerah Pingat Jasa Utama Republik Indonesia daripada negara berkenaan.
  • 21 Ogos 1984 – Seramai 70 orang murid terdiri daripada anak nelayan dari tujuh buah pulau di Jajahan Tumpat telah dipilih untuk dijadikan anak angkat kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • 21 Ogos 1985 – Jangkaan kadar bayaran tol bagi pengguna jambatan Pulau Pinang yang bakal dibuka bulan depan bernilai RM7 untuk kereta, lori antara RM12 hingga RM75 bergantung kepada jumlah tayar dan motorsikal RM1.60 sen.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN