Bahasa Malaysia untuk semua subjek sains dan ilmu hisab - Utusan Malaysia

Bahasa Malaysia untuk semua subjek sains dan ilmu hisab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 2 Ogos 1979, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Menteri Pelajaran, Tun Musa Hitam tentang semua pengajaran dan pembelajaran sains dan ilmu hisab dari darjah satu hingga tingkatan lima akan diajar dalam bahasa Malaysia mulai tahun depan.

Katanya: “Dengan pelaksanaan itu bererti kita mencatat satu sejarah baharu yang membuktikan kemampuan bahasa Malaysia dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut yang dahulunya diamalkan dalam bahasa Inggeris.”

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 2 Ogos 1982 – Kerajaan sedang mencari jalan untuk menggalakkan pengajaran bahasa Arab secara meluas di semua peringkat, kata Menteri Penerangan, Datuk Adib Adam.
  • 2 Ogos 1983 – Raja Bhumipol Adulyadej menganugerahkan bintang kelas pertama Gajah Putih “King Grand Gross” kepada Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Shahuddin Mohamed Taib di Istana Chitralada.
  • 2 Ogos 1984 – Rabuan Pit tetap unggul dalam acara pecut dengan mencatatkan masa cemerlang 10.2 saat dalam acara 100 meter akhir pada Kejohanan Olahraga Polis Diraja Malaysia Ke-18 semalam.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya