Umi Salmah juara Malam Bakat 71 - Utusan Malaysia

Umi Salmah juara Malam Bakat 71

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 4 Julai 1971, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang penuntut tingkatan empat dari Sekolah Menengah St. Mary, Kuala Lumpur, Umi Salmah Aziz berjaya menjadi johan ‘Malam Bakat 71‘ antara sekolah-sekolah yang berlangsung di Stadium Negara.

Di samping hadiah tersebut, Umi Salmah turut berjaya menyandang tempat pertama dengan mengalahkan sembilan peserta lain dalam pertandingan nyanyian perseorangan lagu-lagu pop menerusi sebuah lagu Inggeris berjudul ‘I Who Have Nothing‘.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 4 Julai 1973 – Seorang penjinak gajah, Zakaria Ibrahim, 45, dari Kampung Bukit Pinang, Manik Urai, Kelantan mati serta-merta akibat dipijak oleh seekor gajah jantan peliharaannya.
  • 4 Julai 1975 – Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang dan Sekolah Kebangsaan Bukit Jejulong, Marang menjadi johan pertandingan Buku Hijau antara sekolah-sekolah rendah dan menengah di Terengganu.
  • 4 Julai 1979 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor hari ini berkenan memansuhkan jawatan Engku Kecil Tengah berkuat kuasa mulai 1 Ogos 1979.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya