Tahun 1972, jumlah rakyat Malaysia seramai 11.45 juta - Utusan Malaysia

Tahun 1972, jumlah rakyat Malaysia seramai 11.45 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 29 Julai 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan penduduk Malaysia diakhir tahun 1972 bertambah menjadi 11.45 juta orang, berbanding dengan kira-kira 10.4 juta mengikut banci 1970.

Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat, Tan Sri V. Manickavasagam berkata, ini menunjukkan kira-kira 1,000 orang kanak-kanak dilahirkan dalam masa sehari di negara ini.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 29 Julai 1971 – Menteri Kesihatan Tan Sri Sardon Jubir memberi amaran di Dewan Rakyat bahawa doktor-doktor yang enggan menyertai ‘perkhidmatan wajib‘ selama dua tahun dengan kerajaan, nama mereka akan dibuang dari daftar sebagai doktor yang berkelayakan.
  • 29 Julai 1972 – Pusat Penyelidikan Getah telah dipilih oleh Persatuan Getah Antarabangsa sebagai makmal antarabangsa yang menjalankan ujian terhadap getah yang telah ditentukan secara teknikal.
  • 29 Julai 1974 – Penyanyi ala-Hindustan, M. Shariff akan berlepas ke Bombay, India pada 1 Ogos ini untuk membuat rakaman lagu-lagu beliau ke dalam piring hitam.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN