Persatuan Bekas Perajurit bakal contohi LUTH - Utusan Malaysia

Persatuan Bekas Perajurit bakal contohi LUTH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 28 Julai 1979, Utusan Malaysia melaporkan Persatuan Bekas Perajurit Malaysia akan mengemukakan satu kertas kerja kepada kerajaan bagi menubuhkan institusi kewangan untuk faedah ahli-ahli yang peranannya seperti Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH).

Menurut Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Abdul Jalal Abu Bakar, perbadanan ini apabila ditubuhkan kelak akan berusaha membuka tanah untuk ahli-ahli, mengutip derma dan menggalakkan simpanan supaya mereka dapat berdikari pada kemudian hari.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 28 Julai 1973 – Seniwati Australia, Diana Cilento dan suaminya Sean Connery yang terkenal dengan watak James Bond bakal berpisah, tetapi kekal menjadi ‘sahabat baik‘.
  • 28 Julai 1975 – Kereta-kereta peronda polis kini dilengkapkan dengan alat kamera automatik ‘traffipax‘ bagi memudahkan pihak polis mengemukakan bukti terhadap kenderaan yang melakukan kesalahan lalu-lintas.
  • 28 Julai 1979 – Menteri Besar Terengganu, Datuk Wan Mokhtar Ahmad mengumumkan, Kerajaan Negeri akan membeli mesin cetak berharga RM3.5 juta bagi mencetak kitab suci Al-Quran.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN