Pembukaan kilang peluru pertama di Malaysia - Utusan Malaysia

Pembukaan kilang peluru pertama di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 9 Julai 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tun Abdul Razak hari ini menganggap pembinaan kilang peluru yang pertama di negara ini sebagai langkah permulaan ke arah melengkapkan angkatan tentera kita untuk menjamin kemampuan dan keazaman Malaysia mempertahankan kedaulatan serta keutuhan negara.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan kilang peluru yang pertama di negara ini, iaitu Syarikat Malaysia Explosives Sendirian Berhad di Batu Arang, Selangor.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 9 Julai 1971Syarikat Bekerjasama Serbaguna Jasin Darat telah memperoleh keuntungan bersih RM37,688.49 sen tahun 1970 berbanding tahun 1969 yang berjumlah RM18,152.00.
  • 9 Julai 1973Iraq akan membuka sebuah pejabat kedutaannya di Kuala Lumpur bagi merapatkan lagi hubungan dua hala dan perdagangan dengan Malaysia.
  • 9 Julai 1974 – Drama berjudul “Darah Merah Di Bumi Hijau” membawa tuah kepada Sekolah Menengah Datuk Ahmad (SMDA) Lenggong menerusi satu pertandingan drama kategori sekolah-sekolah menengah atas di Negeri Perak.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya