Pada 5 Julai 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Malaysia mempunyai sumber bekalan air yang mencukupi untuk menampung penduduk seramai 70 juta.
Pegawai Kanan Perhubungan Akhbar Kementerian Kerja Raya, G.S. Param memaklumkan, keupayaan bekalan air di negara ini melebihi keperluan penduduk negara.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 5 Julai 1979 – Madrasah Amir Indera Putera, di Bachok, Kelantan mencatat sejarah cemerlang menerusi pencapaian dalam ketiga- tiga peperiksaan iaitu SRP, SPM dan Sijil Menengah Agama (SMU) setiap tahun.
- 5 Julai 1982 – Seramai 1.8 juta orang rakyat di negara ini menjadi ahli lebih 1,400 badan koperasi di seluruh negara ketika ini dengan modal terkumpul lebih RM600 juta.
- 5 Julai 1983 – Seramai 141 orang kakitangan Mimaland mengadakan piket secara aman di hadapan pintu masuk taman rekreasi itu bagi membantah sikap majikan membuang dan menurunkan pangkat kakitangan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]