Pada 19 Julai 1985, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kerajaan berhasrat untuk mengadakan perkhidmatan kereta api elektrik bagi menggantikan kereta api diesel memandangkan Malaysia mengeluarkan gas dan mempunyai loji-loji elektrik hidro.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika mengumumkannya hari ini menjelaskan, perkhidmatan kereta api elektrik itu akan dapat menghapuskan pencemaran udara.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 19 Julai 1982 – Kumpulan muzik The Revolvers yang agak lama mendiamkan diri selepas album sulung mereka Perpisahan, kini menemui peminat-peminatnya sekali lagi dengan album kedua mereka Namun Ku Punya Hati.
- 19 Julai 1983 – Rakyat Kanada yang beragama Islam telah melancarkan kempen seluruh negara supaya diadakan undang-undang yang memberikan mereka masa selama satu setengah jam untuk menunaikan solat Jumaat.
- 19 Julai 1985 – Malaysia akan memperluaskan lagi industri pasaran batik ke negara-negara Afrika seperti Cameroon, Kenya, Nigeria, Togo dan Ivory Coast.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]