Pada 27 Julai 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pusat pelancongan Langkawi apabila siap sekitar awal tahun 1990 akan mengubah landskap pulau itu dengan penerapan konsep reka bentuk pelancongan seperti di Hawaii, Venice, San Diego dan Florida.
Langkawi juga akan dikenali sebagai ‘Taman Kayangan‘ atau ‘Syurga Idaman‘ yang akan mencuri tumpuan setiap pelancong tempatan dan luar negara yang mahu mencari ketenangan dan keseronokan.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 27 Julai 1979 – Pemadam Wilayah Persekutuan akan membina sebuah kem berharga RM340,000 di Sungai Besi untuk dijadikan pusat pemulihan yang boleh memuatkan antara 100 hingga 150 orang.
- 27 Julai 1983 – Kerajaan menolak syor CUEPACS untuk menjadikan Jumaat sebagai hari bekerja setengah hari bagi kakitangan awam.
- 27 Julai 1984 – Pengarah Institut Pemikiran Islam Antarabangsa, Dr. Ismail Al-Faruqi menyifatkan Malaysia sebagai pusat kebangkitan Islam abad ini dan mempunyai pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab terhadap ummah.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]