Pada 14 Julai 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Pengerusi Petronas, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah hari ini memberi jaminan kepada orang-orang Melayu di Pulau Pinang bahawa beliau akan cuba berunding dengan Ketua Menteri, Dr. Lim Chong Eu mengenai masalah mereka.
Katanya, hasrat orang-orang Melayu di pulau ini tidak patut dihampakan dan setiap rakyat tidak boleh ditinggalkan daripada apa yang diperjuangkan selama ini.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 14 Julai 1971 – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mengkaji rancangan untuk membenarkan pencarum mengeluarkan wang simpanan mereka untuk membeli rumah sebelum bersara.
- 14 Julai 1972 – Menteri Kerja Raya dan Tenaga, Datuk Abdul Ghani Gilong memaklumkan, penunggang basikal dan motorsikal (kurang 150cc) akan diasingkan dari lalu lintas lain apabila siapnya projek Lebuh Raya Kuala Lumpur-Petaling Jaya nanti.
- 14 Julai 1974 – Seorang penyair muda Malaysia, Tengku Alauddin Tengku Abdul Majid berlepas ke Moscow apabila dijemput mengambil bahagian sempena menyambut hari ulang tahun ke-175 penyair agung Russia, Alexander Pushkin.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]