Pada 10 Julai 1979, Utusan Malaysia melaporkan sebuah lagi fakulti perubatan yang akan diletakkan di bawah Universiti Sains Malaysia (USM) akan dibina tidak lama lagi, ujar Menteri Pelajaran, Tun Musa Hitam.
Katanya, bangunan dan hospital yang diperlukan itu akan didirikan di kelantan dengan tujuan membawa kemudahan pendidikan perubatan ke kawasan negeri-negeri di Pantai Timur.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 10 Julai 1979 – Kegigihan dan keazaman membolehkan Lau Soek Mooi merangkul kejuaraan dalam kategori perseorangan wanita Kejohanan Badminton tertutup Perak yang berlangsung di Rumah Pengakap semalam.
- 10 Julai 1982 – Paolo Rossi memenuhi janjinya untuk membawa pasukan Itali ke pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 1982 dengan mengatasi Poland, 2-0 semalam.
- 10 Julai 1984 – Beberapa orang pelajar luar negara yang terpilih memasuki Universiti Islam Antarabangsa (UIA) memberitahu minat mereka untuk mendalami agama Islam dan ilmu dunia menyebabkan mereka memilih universiti tersebut.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]