Pada 8 Julai 1974, Utusan Malaysia melaporkan sebuah ‘blueprint’ bertujuan meninggikan taraf hidup masyarakat India di negara ini menjelang tahun 1990 telah diserahkan oleh Kongres India Malaysia (MIC) kepada Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.
Presiden MIC, Tan Sri V. Manickavasagam yang juga Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat berkata, ‘blueprint’ itu dibuat dengan penuh pengetahuan dan setelah ditimbang dan dikaji dengan penuh semangat kesedaran serta keinsafan.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 8 Julai 1972 – Kongres Kesatuan Sekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mewakili lebih 200,000 orang kakitangan kerajaan mendesak kerajaan supaya mengubah sistem bayaran gaji bulanan kepada dua minggu sekali untuk kakitangannya.
- 8 Julai 1973 – Sebuah rakamkhanah RTM dan salah sebuah auditorium di Wisma Radio akan dinamakan sempena nama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
- 8 Julai 1974 – Poland mengalahkan Brazil 1-0 untuk menduduki tempat ketiga perlawanan Bola Sepak Piala Dunia yang berlangsung di Stadium Munich malam tadi.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]