Pada 6 Jun 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Institut Penyelidikan dan Pertanian Malaysia (MARDI) menempa sejarah pertanian hasil kejayaannya mengubahsuaikan benih-benih pokok padi menggunakan pancaran ‘Gamma Ray‘.
Pengarah Penyelidikan Asas MARDI, N.T. Arasu memaklumkan bahawa, para petani selepas ini tidak akan menghadapi masalah untuk mendapatkan benih-benih padi yang bermutu tinggi sekiranya projek ini dilaksanakan secara besar-besaran secepat mungkin.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 6 Jun 1979 – Seorang pesara dari Majlis Agama Islam Pahang, Abdul Kadir Kamaruddin, 55, nekad memulakan pengembaraannya menuju ke Mekah melalui India, Pakistan dan Afghanistan dengan berjalan kaki.
- 6 Jun 1982 – Seorang pelakon baharu dari negeri Cik Siti Wan Kembang, Rosnah Mohd. Nor buat pertama kalinya bakal muncul dalam filem Ribut Di Hujung Senja keluaran ISE Film Productions.
- 6 Jun 1983 – Kerajaan Johor digesa supaya menubuhkan bank tanah dalam usaha memajukan mana-mana tanah rakyat yang terbiar selama ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]