Pada 12 Jun 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa ekonomi negara tidak menghadapi sebarang krisis dan rakyat tidak harus cemas dengan langkah kerajaan menjimatkan belanja.
Menurut Perdana Menteri, Malaysia kini mempunyai simpanan negara untuk empat bulan, jauh di luar garisan krisis ekonomi. Beliau memaklumkan, apa yang dilakukan kerajaan sekarang hanyalah satu langkah untuk mengawal perluasan memandangkan hasil negara akan berkurangan akibat kemelesetan ekonomi dunia yang buruk.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 12 Jun 1979 – Seorang pemuda Melayu dari Johor Bahru, Amin Samad yang telah meninggalkan tanah air sejak 11 tahun lalu, kini telah menjadi penyanyi yang makin dikenali di Jerman Barat.
- 12 Jun 1982 – Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Dr. Baharum Azhar Rafie’i merasmikan projek perumahan ‘Melati’ di Kampung Orang Asli Sungai Perah, Parit, Perak.
- 12 Jun 1983 – Lima rekod baru telah dicipta dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu (MSST) selama tiga hari di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang berakhir semalam.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]