Pada 17 Jun 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan rakyat Terengganu, terutama para nelayan menyokong sepenuhnya keputusan yang diambil kerajaan untuk mengusir keluar kesemua 73,000 orang pendatang haram Vietnam dari negara ini.
Langkah tegas kerajaan itu memang sudah lama diimpikan dan mereka memberi jaminan akan berdiri teguh dibelakang kerajaan dalam tindakan mengusir keluar pendatang haram Vietnam itu yang selama ini telah menimbulkan berbagai masalah politik, sosial dan ekonomi.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 17 Jun 1975 – Datuk M. Daud Kilau yang popular dengan lagu ‘Anak Yang Pertama’, kini semakin dikenali ramai menerusi albumnya yang berjaya memecah rekod jualan sebanyak 80,000 unit.
- 17 Jun 1976 – Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kampung Pandan hari ini gempar seketika dan terpaksa meninggalkan kelas masing-masing kerana terdapat satu panggilan menyatakan bom akan meletup.
- 17 Jun 1977 – Satu perjanjian bernilai RM20 juta untuk projek kelapa sawit seluas 18,000 ekar di Terengganu telah ditandatangani antara Malaysia dengan Tabung Pembangunan Ekonomi Arab, Kuwait.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]