Kelapa sawit jadi hasil terkawal - Utusan Malaysia

Kelapa sawit jadi hasil terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 14 Jun 1976, Utusan Malaysia melaporkan buah kelapa sawit akan dijadikan hasil terkawal apabila satu rang undang-undang untuk mencegah penjualan haram dari kawasan rancangan kelapa sawit FELDA yang akan dibentangkan di Parlimen akhir tahun ini diluluskan.

Rang undang-undang itu yang sedang digubal ketika ini merupakan satu langkah jangka panjang kerajaan untuk mengatasi masalah penjualan haram yang kian merebak akhir-akhir ini.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 14 Jun 1973 – Sebuah masjid bagi kegunaan masyarakat Islam yang pertama sekali di Hollywood telah diluluskan pembinaannya oleh Majlis Bandaraya Los Angeles.
  • 14 Jun 1975 – Beribu-ribu peminat juara tinju heavyweight dunia, Muhammad Ali menyerbu beliau setelah selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur.
  • 14 Jun 1976 – Persatuan Cina Sabah (SCA) hari ini secara rasmi telah membuat keputusan untuk keluar dari Perikatan Sabah.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya