Pada 9 Jun 1976, Utusan Malaysia melaporkan sebuah jet pejuang Mirage milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) hangus setelah jatuh terhempas di jalan raya dekat pekan Sungai Puyu, Butterworth.
Juruterbangnya, Pegawai Udara, Melcon Hurman, 24, terselamat dalam nahas itu apabila sempat terjun sejurus sebelum jet tersebut terhempas. Beliau cuma cedera ringan dan dirawat di Hospital RAAF di Pulau Pinang.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 9 Jun 1968 – Pengarah berpengalaman, Omar Rojik bakal mengarahkan filem terbaru berjudul ‘Teratai‘ yang skripnya merupakan pertama kali dihasilkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin.
- 9 Jun 1971 – Majlis Belia Segamat telah menubuhkan sebuah syarikat serbaguna dengan nama Syarikat Serbaguna Remaja Segamat.
- 9 Jun 1972 – Penduduk di sekitar Bandaraya Kuala Kumpur berpeluang melihat pertunjukan kapal terbang jenis Concorde-002 yang buat pertama kalinya tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Subang hari ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]