Pada 15 Jun 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Hospital Besar Kuala Lumpur akan mempunyai unit penyakit jantung tidak lama lagi. Seorang pakar jantung terkemuka dari United Kingdom, Prof. Lawson Mac Donald akan tiba di HKL untuk membuat kajian dari semua segi untuk tubuhkan unit tersebut.
Menteri Kesihatan, Tan Sri Lee Siok Yew memaklumkan, projek baharu ini amat diperlukan memandangkan jumlah penghidap sakit jantung semakin bertambah sejak kebelakangan ini.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 15 Jun 1968 – Malaysia dan Australia hari ini menandatangani satu perjanjian projek pembinaan jalan di Sabah dan projek janakuasa
hidroelektrik di Pergau, Kelantan. - 15 Jun 1972 – Nama Jules Ooi, penyanyi dari kumpulan kugiran ‘De Westerlies‘ yang muncul juara kugiran di Stadium Negara baru-baru
ini kini menjadi perhatian ramai kerana kehebatannya menyanyikan lagu-lagu Melayu. - 15 Jun 1973 – Presiden Filipina, Ferdinand E. Marcos memaklumkan, pelabur-pelabur Jepun turut membantu kerajaan dalam usaha
untuk memulihkan semula kehidupan orang-orang Islam di Mindanao.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]