Harga gula turun 5 sen - Utusan Malaysia

Harga gula turun 5 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 7 Jun 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan harga gula runcit akan diturunkan sebanyak 5 sen sekati mulai esok menjadikan harganya sebanyak 65 sen sekati di Semenanjung Malaysia dan 70 sen sekati di Sabah dan Sarawak.

Menurut Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Datuk Hamzah Abu Samah, pengurangan harga ini dapat dilaksanakan setelah kilang- kilang penapis gula mendapat harga gula mentah yang murah terutamanya dari Thailand.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 7 Jun 1976 – Pusat Latihan Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR) dengan kerjasama RISDA akan menerbitkan sebuah filem rencana bertajuk ‘Jangan Aku Disalahkan‘.
  • 7 Jun 1977 – Kerajaan Arab Saudi hari ini menderma sebanyak RM68,000 kepada Nadwah Akademi Islam (NAI), iaitu badan yang menjalankan kegiatan Islam.
  • 7 Jun 1979 – Sejumlah 54 orang kakitangan kerajaan, badan berkanun dan penguasa tempatan di Sibu telah diperintah supaya menggunting rambut oleh jawatankuasa pemerhati.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya