Pada 20 Jun 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengambil alih satu projek Kamus Inggeris- Melayu yang sedang disusun oleh Universiti Kebangsaan Australia di Canberra untuk menyelamatkannya daripada terbengkalai setelah diusahakan sejak 10 tahun yang lalu.
Menurut Ketua Pengarah DBP, Hassan Ahmad, pihak universiti tersebut mengalami masalah tertentu untuk menyelesaikan projek berkenaan dan mereka meminta pihak DBP menyelamatkan projek itu dengan mengambil alih tugas penyusunannya hingga selesai.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 20 Jun 1975 – Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) menyambut baik konsep ‘Kotak Teater‘ yang bakal dilaksanakan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk mengasah bakat para dramatis tempatan.
- 20 Jun 1977 – Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar sedang menggubal undang-undang baru bagi penubuhan taman-taman negara, kawasan simpanan semula jadi serta tempat perlindungan hidupan liar.
- 20 Jun 1978 – RISDA akan meluaskan khidmatnya untuk membantu memajukan pekebun kecil getah di kawasan selatan Negara Thai yang bersempadan dengan Malaysia.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]