Bot karam di Sungai Perak, 2 dilapor hilang - Utusan Malaysia

Bot karam di Sungai Perak, 2 dilapor hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 26 Jun 1982, Utusan Malaysia melaporkan dua orang dikhuatiri mati lemas dan tiga terselamat apabila bot yang mereka naiki karam di Sungai Perak berhampiran Pulau Timah kira-kira pukul 12.30 malam tadi.

Kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan untuk menangkap udang galah. Dua mangsa yang dilaporkan hilang dikenali sebagai Karim Malik, 42 tahun dari Kuala Lumpur dan seorang nelayan tempatan, Musa Kilau, 50, iaitu abang kepada penyanyi Datuk M. Daud Kilau.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 26 Jun 1978 – Pasukan Brazil berjaya mengalahkan Itali 2-1 untuk mencatat rekod tanpa kalah dalam siri pertandingan Bola Sepak Piala Dunia 1978 yang berlangsung di Argentina.
  • 26 Jun 1979 – Atlit lompat pagar wanita Johor, Khalidah Taha, 17 tahun dari Sekolah Perempuan Sultan Ibrahim Johor Bahru dipilih sebagai olahragawati MSSJ bagi tahun 1978.
  • 26 Jun 1982 – Yang di-Pertuan Agong hari ini mengurniakan surat cara perlantikan kepada Yang Dipertua Negeri Sabah untuk penggal yang kedua kepada Tun Mohamed Adnan Robert di Istana Negara.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya