Pada 24 Jun 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Senator Tan Sri Aishah Ghani hari ini telah menewaskan Tan Sri Fatimah Hashim dalam perebutan pucuk pimpinan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia untuk tempoh dua tahun.
Tan Sri Fatimah Hashim yang telah menjadi Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia sejak 15 tahun lalu mulai tahun 1956 ditewaskan oleh Tan Sri Aishah Ghani dengan kelebihan 65 undi.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 24 Jun 1973 – Malaysia berjaya mengalahkan Jepun 2-0 dalam kejohanan hoki wilayah Asia Timur di Stadium TPCA, Kuala Lumpur.
- 24 Jun 1974 – Beribu-ribu rakyat Malaysia di luar negara, termasuk mereka yang meninggalkan negara selepas tragedi 13 Mei lima tahun lalu, sedang berusaha untuk pulang semula ke Malaysia.
- 24 Jun 1975 – Menteri Pelajaran, Tun Dr. Mahathir Mohamad berharap pelajar-pelajar Malaysia yang berpeluang mewakili ke luar negara agar dapat memberi gambaran sebenar mengenai tanah air kepada pelajar-pelajar lain.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]