Pada 25 Mei 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan penubuhan sebuah pusat sains pertanian di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) bagi mengadakan demonstrasi mengenai teknologi serta kaedah pertanian moden.
Selain itu, pusat ini juga boleh dibuka kepada umum untuk mereka yang berminat mengetahui perkembangan dalam segala aspek pertanian.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 25 Mei 1980 – Penyanyi dan pelakon filem ‘Penagih Dadah‘, Maureen Chan telah melangsungkan perkahwinan dengan bekas pengurusnya, Redzuan Yaacob dalam satu majlis di Jalan Watson, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
- 25 Mei 1982 – Tengku Abdul Samad Shah, 25 tahun, anakanda kepada Baginda Sultan Selangor telah dilantik menjadi orang besar istana dengan gelaran Tengku Panglima Besar Selangor.
- 25 Mei 1983 – Perkhidmatan bot laju penumpang jenis ‘Hovermarine‘ bakal diperkenalkan untuk membawa penumpang antara Kuala Perlis ke Pulau Langkawi tidak lama lagi.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]