Tun Sambanthan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Tun Sambanthan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 19 Mei 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tun V.T. Sambanthan, 59 tahun, meninggal dunia akibat diserang sakit jantung di rumahnya di Jalan Guillemard pagi tadi.

Mendiang Tun Sambanthan mula memimpin MIC dalam tahun 1955 dan merupakan seorang daripada tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan negara bersama-sama Tunku Abdul Rahman. Mendiang meninggalkan seorang isteri, Puan Uma serta anak tunggalnya, Deevakunchari, 20 tahun.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 19 Mei 1971 – Sebuah badan kebajikan yang diberi nama Akademi Pendidikan Islam atau AKAPI yang dipelopori oleh intelektual Melayu akan ditubuhkan di Negeri Perlis.
  • 19 Mei 1974Bayern Munich menjadi kelab pertama dari Jerman Barat yang berjaya menjadi juara dalam kejohanan bola sepak Eropah setelah berjaya menewaskan Atletico Madrid 4-0.
  • 19 Mei 1975 – Satu rancangan untuk memperbaiki sistem kawalan banjir di Kuala Lumpur sedang disusun melibatkan lima kawasan utama bernilai RM20 juta.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya